TOPOLOGI

Topologi rangkaian atau boleh dikenali sebagai Network Topology didefinisikan sebagai corak susunatur atau layout pattern yang mempunyai pelbagai elemen yang terdapat di dalam rangkaian komputer.
APA TUUUUUUU? 🙆💬 (sabar ye, nanti kita explain bawah)
Topologi ni boleh bersifat logikal ataupun fizikal.
⇨ TOPOLOGI BERSIFAT LOGIKAL = berkaitan dengan pemindahan data secara logikal
⇨ TOPOLOGI BERSIFAT FIZIKAL = berkaitan dengan rekabentuk fizikal rangkaian termasuklah lokasi dan pemasangan peranti dan kabel
(peluh merecik taip ni nak bagi hampa faham! 💦)
Kalau saudara saudari bijaksana, cuba senaraikan beberapa contoh topologi yang ada. (nak klu ke tuuuu? 💭)
ok la, kita jawabkan ye...
Antara contoh topologi yang ada adalah seperti (bunyi dramm) :
1) TOPOLOGI BAS (bus)

MAKSUD TOPOLOGI BAS
Topologi bas, juga dikenali sebagai bas linear, ialah topologi rangkaian komputer yang paling mudah. Ia terdiri dari satu kabel yang dikenali sebagai segmen atau tulang belakang, yang menyambungkan semua komputer dalam rangkaian ke dalam satu barisan.
Penghantaran Isyarat
Data dalam rangkaian berada dalam bentuk isyarat elektronik, ia dihantar kepada semua komputer dalam rangkaian. Maklumat ini hanya akan diterima oleh komputer yang mempunyai alamat yang sepadan dengan alamat yang dikodkan oleh isyarat asal. Hanya satu komputer sahaja yang boleh menghantar isyarat atau data dalam tempoh satu masa.
Oleh kerana hanya satu komputer sahaja yang boleh menghantar data dalam satu masa, maka ini akan memberi kesan kepada prestasi rangkaian apabila bilangan komputer dalam rangkaian bertambah. Semakin banyak komputer yang tersambung maka semakin lama komputer menunggu giliran untuk menghantar data dan rangkaian akan menjadi semakin perlahan.
Selain itu, ada juga faktor lain yang mempengaruhi kelajuan rangkaian, antaranya:
Keupayaan perkakasan komputer dalam rangkaian.
Jumlah kekerapan komputer menghantar data.
Jenis aplikasi yang sedang dilaksanakan dalam rangkaian.
Jenis kabel yang digunakan dalam rangkaian.
Jarak di antara satu komputer dengan komputer yang lain dalam rangkaian.
Kelebihan
Mudah dilaksanakan
Sesuai untuk rangkaian sementara atau rangkaian kecil yang tidak memerlukan kelajuan tinggi (pemasangan segera)
Kos yang murah
Lebih efektif kerana menggunakan satu kabel
Kerosakan mudah dikesan
Kelemahan
Jika satu kabel rosak atau terputus, maka keseluruhan rangkaian tidak dapat berfungsi. Ini kerana berlakunya lantunan isyarat di dalam rangkaian.
Panjang kabel dan bilangan komputer terhad
Menjadi perlahan apabila banyak komputer disambungkan
2) TOPOLOGI BINTANG (STAR)
![]() |
| IANYA BERBENTUK SEPERTI BINTANG ! 🌞 |
MAKSUD TOPOLOGI BINTANG
Topologi bintang ialah topologi di mana semua kabel penyambung dari komputer akan masuk ke satu lokasi pusat, di mana semua akan disambungkan ke peranti yang dikenali sebagai hab.
Topologi bintang ini juga boleh dikembangkan untuk membentuk rangkaian yang dikenali sebagai topologi bintang hibrid iaitu sambungan dengan beberapa hab.
HAB? YES, hab ada HAB AKTIF dan juga HAB PASIF.
Hab aktif
Hab jenis aktif menjana semula isyarat elektrik dan menghantarnya kesemua komputer dalam rangkaian. Hab ini juga dikenali sebagai multiport repeater. Hab dan switch jenis aktif memerlukan bekalan kuasa untuk berfungsi.
Hab pasif
Kelebihan
Mudah untuk diubahsuai dan menambah komputer dalam bintang tanpa mengganggu rangkaian.
Baik pulih rangkaian mudah dilakukan di pusat bintang.
Satu komputer rosak tidak semestinya menjejaskan rangkaian.
Boleh menggunakan beberapa jenis kabel dalam rangkaian yang sama, dengan hab yang boleh menerima jenis-jenis kabel yang berlainan.
Kelemahan
Rangkaian tidak dapat berfungsi jika hab gagal berfungsi.
Memerlukan peranti di pusat bintang untuk rebroadcast atau tukarkan(switch) trafik rangkaian.
Harga lebih tinggi kerana semua kabel perlu ditarik daripada pusat.
3) TOPOLOGI CINCIN (RING)
![]() |
| MACAM CINCIN KAN. senang nak ingat nanti ni 💍 |
MAKSUD TOPOLOGI CINCIN
Topologi cincin adalah satu topologi rangkaian komputer di mana setiap nod disambungkan dengan dua nod yang lain, membentuk satu laluan sejajar tunggal untuk penghantaran isyarat terus ke setiap nod.
Oleh kerana topologi cincin menyediakan hanya satu laluan di antara dua nod, topologi ini mungkin akan terganggu jika berlaku kegagalan di antara satu pautan. Satu nod gagal berfungsi atau kerosakan kabel berlaku menyebabkan semua nod akan terasing dari topologi cincin.
Kelebihan
Rangkaian ini tidak memerlukan komputer pelayan.
Rangkaian boleh dibina lebih luas menggunakan gelang token
Kelemahan
Satu komputer tidak berfungsi menyebabkan masalah dalam rangkaian.
Tidak mudah untuk membaik pulih jika berlaku kerosakan.
Kad rangkaian jenis MAU mahal dari kad rangkaian jenis ethernet
Lebih perlahan dari rangkaian ethernet

