hati

Monday, May 14, 2018

Wired network vs Wireless network



Wired Network


As we know "wired" is the term refers to any physical medium consisting of cables. The cables can be copper wire, twisted pair or fiber optic. Wired network is used to carry different forms of electrical signals from one end to the other. Mostly in wired network one internet connection is being taken using T1 line, cable modem or using any other means. This connection is shared among multiple devices using wired network concept.





Wireless Network

As we know "Wireless" is the term refers to medium made of electromagnetic waves (i.e. EM Waves) or infrared waves. All the wireless devices will have antenna or sensors. Typical wireless devices include cellular mobile, wireless sensors, TV remote, satellite disc receiver, laptops with WLAN card etc. Wireless network does not use wires for data or voice communication; it uses radio frequency waves as mentioned above. The other examples are fiber optic communication link and broadband ADSL etc.






Advantages of a Wireless Network over Wired

As I mentioned in the introduction, the main advantage of a wireless network over a wired one is that users can move around freely within the area of the network with their laptops, handheld devices etc and get an internet connection.
Users are also able to share files and other resources with other devices that are connected to the network without having to be cabled to a port.
Not having to lay lots of cables and put them through walls etc. can be a considerable advantage in terms of time and expense. It also makes it easier to add extra devices to the network, as no new cabling is needed.
If you are a business such as a café, having a wireless network that is accessible to customers can bring you extra business. Customers generally love wireless networks because they are convenient.
Wireless networks can sometimes handle a larger amount of users because they are not limited by a specific number of connection ports.
Instant transfer of information to social media is made much easier. For instance, taking a photograph and uploading it to Facebook can generally be done much quicker with wireless technology.


Disadvantages of a Wireless Network

It can require extra costs and equipment to set up, although increasingly routers have built-in wireless capability, as do devices such as laptops, handheld devices, modern DVD players, and TVs.

Setting up a wireless network can sometimes be difficult for people who are not experienced with computers. (Although there are issues with setting up a wired network too, off course!)
File-sharing transfer speeds are normally slower with wireless networks than they are with cabled. The speeds can also vary considerably according to your location in relation to the network.
The general speed of a wireless connection is also usually much slower than a wired one. The connection also gets worse the farther you are from the router, which can be a problem in a large building or space.
Wireless connections can be obstructed by everyday household items and structures such as walls, ceilings, and furniture.
Wireless networks are generally less secure. There can also be problems with neighbors stealing bandwidth, if the network hasn’t been set up to be password protected. Information is also less secure too and can be easier to hack into.


Image result for wired and wireless


Image result for wired and wireless

Friday, May 11, 2018

TOPOLOGI

TOPOLOGI

Image result for divider png

Topologi rangkaian atau boleh dikenali sebagai Network Topology didefinisikan sebagai corak susunatur atau layout pattern yang mempunyai pelbagai elemen yang terdapat di dalam rangkaian komputer.

APA TUUUUUUU? 🙆💬 (sabar ye, nanti kita explain bawah)

Topologi ni boleh bersifat logikal ataupun fizikal. 

TOPOLOGI BERSIFAT LOGIKAL = berkaitan dengan pemindahan data secara logikal
⇨ TOPOLOGI BERSIFAT FIZIKAL = berkaitan dengan rekabentuk fizikal rangkaian termasuklah lokasi dan pemasangan peranti dan kabel

(peluh merecik taip ni nak bagi hampa faham! 💦)

Kalau saudara saudari bijaksana, cuba senaraikan beberapa contoh topologi yang ada. (nak klu ke tuuuu? 💭)

ok la, kita jawabkan ye...

Antara contoh topologi yang ada adalah seperti (bunyi dramm) :

1) TOPOLOGI BAS (bus)

Image result for topologi BAS






MAKSUD TOPOLOGI BAS



Topologi bas, juga dikenali sebagai bas linear, ialah topologi rangkaian komputer yang paling mudah. Ia terdiri dari satu kabel yang dikenali sebagai segmen atau tulang belakang, yang menyambungkan semua komputer dalam rangkaian ke dalam satu barisan.




Penghantaran Isyarat


Data dalam rangkaian berada dalam bentuk isyarat elektronik, ia dihantar kepada semua komputer dalam rangkaian. Maklumat ini hanya akan diterima oleh komputer yang mempunyai alamat yang sepadan dengan alamat yang dikodkan oleh isyarat asal. Hanya satu komputer sahaja yang boleh menghantar isyarat atau data dalam tempoh satu masa.


Oleh kerana hanya satu komputer sahaja yang boleh menghantar data dalam satu masa, maka ini akan memberi kesan kepada prestasi rangkaian apabila bilangan komputer dalam rangkaian bertambah. Semakin banyak komputer yang tersambung maka semakin lama komputer menunggu giliran untuk menghantar data dan rangkaian akan menjadi semakin perlahan.


Selain itu, ada juga faktor lain yang mempengaruhi kelajuan rangkaian, antaranya: 
Keupayaan perkakasan komputer dalam rangkaian. 
Jumlah kekerapan komputer menghantar data. 
Jenis aplikasi yang sedang dilaksanakan dalam rangkaian. 
Jenis kabel yang digunakan dalam rangkaian. 
Jarak di antara satu komputer dengan komputer yang lain dalam rangkaian. 





Kelebihan 
Mudah dilaksanakan 
Sesuai untuk rangkaian sementara atau rangkaian kecil yang tidak memerlukan kelajuan tinggi (pemasangan segera) 
Kos yang murah 
Lebih efektif kerana menggunakan satu kabel 
Kerosakan mudah dikesan 



Kelemahan 
Jika satu kabel rosak atau terputus, maka keseluruhan rangkaian tidak dapat berfungsi. Ini kerana berlakunya lantunan isyarat di dalam rangkaian. 
Panjang kabel dan bilangan komputer terhad 
Menjadi perlahan apabila banyak komputer disambungkan

2) TOPOLOGI BINTANG (STAR)

Image result for topologi BINTANG
IANYA BERBENTUK SEPERTI BINTANG ! 🌞
MAKSUD TOPOLOGI BINTANG



Topologi bintang ialah topologi di mana semua kabel penyambung dari komputer akan masuk ke satu lokasi pusat, di mana semua akan disambungkan ke peranti yang dikenali sebagai hab.


Topologi bintang ini juga boleh dikembangkan untuk membentuk rangkaian yang dikenali sebagai topologi bintang hibrid iaitu sambungan dengan beberapa hab.

HAB? YES, hab ada HAB AKTIF dan juga HAB PASIF. 



Hab aktif

Hab jenis aktif menjana semula isyarat elektrik dan menghantarnya kesemua komputer dalam rangkaian. Hab ini juga dikenali sebagai multiport repeater. Hab dan switch jenis aktif memerlukan bekalan kuasa untuk berfungsi.


Hab pasif
Hab jenis pasif hanya bertindak sebagai punca penyambungan yang akan menguatkan atau menjana semula sebarang isyarat yang melaluinya. Hab jenis pasif tidak memerlukan bekalan kuasa untuk berfungsi.





Kelebihan


Mudah untuk diubahsuai dan menambah komputer dalam bintang tanpa mengganggu rangkaian. 
Baik pulih rangkaian mudah dilakukan di pusat bintang. 
Satu komputer rosak tidak semestinya menjejaskan rangkaian. 
Boleh menggunakan beberapa jenis kabel dalam rangkaian yang sama, dengan hab yang boleh menerima jenis-jenis kabel yang berlainan.

Kelemahan


Rangkaian tidak dapat berfungsi jika hab gagal berfungsi. 
Memerlukan peranti di pusat bintang untuk rebroadcast atau tukarkan(switch) trafik rangkaian. 
Harga lebih tinggi kerana semua kabel perlu ditarik daripada pusat. 


3) TOPOLOGI CINCIN (RING)




Image result for topologi CINCIN
MACAM CINCIN KAN. senang nak ingat nanti ni 💍



MAKSUD TOPOLOGI CINCIN


Topologi cincin adalah satu topologi rangkaian komputer di mana setiap nod disambungkan dengan dua nod yang lain, membentuk satu laluan sejajar tunggal untuk penghantaran isyarat terus ke setiap nod. 



Oleh kerana topologi cincin menyediakan hanya satu laluan di antara dua nod, topologi ini mungkin akan terganggu jika berlaku kegagalan di antara satu pautan. Satu nod gagal berfungsi atau kerosakan kabel berlaku menyebabkan semua nod akan terasing dari topologi cincin. 


Kelebihan


Rangkaian ini tidak memerlukan komputer pelayan
Rangkaian boleh dibina lebih luas menggunakan gelang token

Kelemahan



Satu komputer tidak berfungsi menyebabkan masalah dalam rangkaian. 
Tidak mudah untuk membaik pulih jika berlaku kerosakan. 
Kad rangkaian jenis MAU mahal dari kad rangkaian jenis ethernet 
Lebih perlahan dari rangkaian ethernet

PERSIDANGAN DEKSTOP DAN VIDEO


PERSIDANGAN DEKSTOP DAN VIDEO

Image result for DESKTOP AND VIDEO CONFERENCING
Image result for divider png

Persidangan dekstop dan video? Anda rasa ianya sama? 😎

Ayuh, lihat perbezaan bagi persidangan dekstop dan video 👍

PERSIDANGAN DEKSTOP (DEKSTOP CONFERENCING)

Related image





Hmmmm? Apa yang anda tahu mengenai persidangan dekstop? 😲 Adakah ianya menggunakan komputer sahaja? Adakah ianya boleh dilakukan di mana - mana?

mari, kita belajar mengenainya ! 📚

'Persidangan dekstop dapat ditakrifkan sebagai penggunaan komputer untuk membolehkan orang di lokasi yang berbeza untuk melihat, mendengar dan bercakap dengan satu sama lain'
Image result for DESKTOP CONFERENCING TRANSPARENT


ianya juga adalah satu bentuk persidangan sistem kolaborasi masa nyata di mana dua atau lebih pengguna komputer, semua dengan internet yang dihubungkan, melihat skrin komputer yang sama pada bila-bila masa dalam pelayar web mereka.


Teknologi ini direka bentuk sebagai jambatan audio yang dipertingkatkan secara fungsional yang dilengkapi dengan gambar-gambar yang telah memungkinkan untuk berkongsi persembahan dengan peserta audio lain yang terletak di mana-mana sahaja di seluruh dunia. Tambahan pula, ciri-ciri penyajian video dan rakaman juga menyokong penyebaran maklumat dari satu kepada banyak

akan tetapi , ianya hanya berguna untuk mesyuarat yang berskala kecil. (jangan memandai nak buat jugak dalam skala besar ye ! 💢)


ok faham? ok la. sis up sikit video mengenai persidangan dekstop ni. 👇

goodluck !

PERSIDANGAN VIDEO (VIDEO CONFERENCING)




Related image

Kalau tadi saudara saudari dah faham konsep bagi persidangan dekstop, apa pula yang anda faham mengenai persidangan video? 👀

ok, dah fikir habis keee??


persidangan video ni boleh ditakrifkan sebagai satu kaedah yang memudahkan persidangan video melalui satu set teknologi telekomunikasi yang sesuai yang membolehkan dua atau lebih lokasi komputer untuk berkomunikasi secara serentak dengan transmisi audio dan video dua hala. 


SECARA DUA HALA? ok la, ni persidangan video contoh dua hala yang dimaksudkan.



kaedah yang digunakan dalam persidangan video ini dirujuk sebagai satu kolabrasi visual dan ianya tergolong dalam satu kumpulan yang tertentu. 

Persidangan video ini direka untuk melayani persidangan di pelbagai lokasi dan tidak terhad kepada individu sahaja


TELNET, FTP DAN EMAIL


TELNET DAN FTP   

Related image
TIADA INTERNET, TIADA TELNET

TELNET DAN FTP? 👀 ada perbezaan ke? apa maksud kedua - dua ini? haa, meh. mari kita kenal kedua - dua bahan ini. jom ! 🙌

TELNET


jadi, apa yang anda faham mengenai penerangan telnet yang diberikan? 😊




berdasarkan kepada video yang dilihat, telnet dapat ditakfrifkan sebagai utiliti perisian telekomunikasi yang membolehkan anda menjadi pengguna pada komputer jauh. Sebaik sahaja anda mengakses terminal jauh, anda boleh menggunakannya untuk tujuan yang dimaksudkan. selain itu, telnet juga dirujuk kepada log masuk jauh yang mungkin pada Internet kerana Protokol TELNET.


terdapat beberapa kegunaan bagi sistem telnet. Antaranya ialah:


➠ menyambung ke sistem untuk menggunakan program khusus seperti aplikasian email dan statistik

➨ menyambung ke peranti rangkaian untuk tujuan maklumat dan konfigurasi

➨ menyambung ke pangkalan data maklumat dalam talian contohnya katalog perpustakaan
yang ini adalah contoh bagi katalog perpustakaan. mudah aje nak cari maklumat bila dah disambungkan ke pangkalan data 😊

➨ menyambung ke forum dalam talian untuk berinteraksi dan berkomunikasi


FTP
Dah faham TELNET? Kalau dahh, haaa sekarang kita tengok FTP ya 🙇


ini maksud yang diterangkan mengenai FTP. saudara saudari faham ke tidakk?

disimpulkan bahawa FTP membawa maksud sebagaiiii?

                                                                     F 👉 FILE
                                                                     T 👉TRANSFER
                                                                     P 👉 PROTOCOL



FTP ialah protokol yang membenarkan komputer berkomunikasi antara satu sama lain di Internet untuk mengatur pemindahan fail dari satu komputer ke komputer lain (sama tak jawapan dengan anda? 😁)



kegunaan FTP ada beberapa. Antaranya ialah:


➽Memuat naik fail dari PC ke Pelayan (server)


➽Memindahkan fail dari PC ke PC


➽Muat turun perisian dari pelayan ke PC


kejap kejap.... Ada lagii. 😁


ada dua jenis FTP iaitu:






1) "anonymous" (tanpa nama)


2) "non-anonymous." (bukan tanpa nama) 






* yang selalu digunakan adalah jenis "anonymous" (tanpa nama). EH ! jangan risau yaaa.. tidak merbahaya. 😉




SEMOGA SAUDARA SAUDARI DAPAT MEMAHAMI NYA. 💖

Related image
Image result for divider png





INTERNET INFRASTRUKTUR


INTERNET INFRASTRUKTUR

Image result for divider png

INTERNET PENTINGG !

INTERNET ITU APA YA?

kalau cakap tentang internet, pasti semua orang tahu. Bahkan kanak - kanak kecil pun tahu internet tu apa. zaman millenia kannnn 👀



video di bawah akan menunjukkan cara bagaimana internet dapat berfungsi dalam masa 5 minit. 
5 MINIT? BIAR BETULLLLL?
yes ! 





👉Jadi, internet dapat ditakrifkan sebagai sistem global rangkaian komputer yang saling berkaitan yang menggunakan suite protokol Internet (TCP / IP) untuk menghubungkan peranti di seluruh dunia


INTERNET PROTOKOL? * apa pulak niii 😅


*ini mengenai internet protokol. hadamkan yaaa.


💻jadi, bila penyambungan pada internet berlaku, maka komputer yang saudara saudari gunakan tuuu menjadi sebahagian dari rangkaian. haaa faham kot 

contoh internet protokol : 216.27.61.137

kenapa singkat jee IP address nya? HAAAA, sebab ini untuk memudahkan manusia untuk mengingati berbanding penggunaan IP address yang panjang. Cuba bayangkan kalau saudara saudari dapat IP address macam ni : 11011000.00011011.00111101.10001001 (larat ke nak mengingatinya? 😥 serammmmm 😷)



INTERNET VS WWW
www? www rancangan ahli gusti ke? 💪💪


ehhh, bukan. WWW ini adalah WORLD WIDE WEB.



jadi, WWW ni ditakfrifkan sebagai

cara untuk mengakses maklumat melalui medium Internet. Ia adalah model perkongsian maklumat yang dibina di atas Internet.

makna kata, kalau tiada internet, WWW ni masih boleh dicari di laman sesawang lain. berdikari betul WWW ni 🙊



HTML

HTML 📝

Image result for divider png

HTML? APA TUUUU......moh, lihat maksudnya di bawah 👇

HTML membawa maksud


                           H 👉 HYPER
                           T 👉 TEXT
                           M 👉 MARKUP
                           L  👉LANGUAGE

* dah faham keeee tuuu 🙈

extension untuk HTML ni ada dua. Dua contoh tu adalah .html ataupun .htm

html editor

kalau nak edit HTML fail, senang ajeee. Dengan penggunaan seperti WYSIWYG (what you see is what you get), edit HTML fail macam makan kacang jerrr ! 💁 (ini bukan gurauan)

html ni kalau nak edit, saudara saudari sekalian harus ada kod nya. bukan main edit ye. jadiiii, disini ada contoh bagi html kod.

<html> 
<head> 
<title>Title of page</title> 
</head> 
<body>This is my first homepage.
<b>This text is bold</b> </body> </html> 

* haa inilah kodnya, saudara saudari boleh cuba. renung - renungkan dan selamat ber'html' ! 😇

eh ! Tungguu. Disini sis lampirkan HTML TUTORIAL for BEGINNERS ok ?

http://www.w3schools.com/html/default.asp (ketik link tersebut 😊) 

Yang tadi Tutorial, sekarang ini link untuk dijadikan panduan macam mana nak guna HTML. fuh !

http://www.htmlgoodies.com/primers/html/
http://www.htmlcodetutorial.com/

(klik je link ok?)

Banyak yang akan diajar disitu. HAVE FUN OK ! :)


Related image



KOMUNIKASI

PROSES KOMUNIKASI

Related image
KOMUNIKASI ADA PROSES? woww !😲



HAAAA INI LAH PROSESNYA .👇

Bagi proses komunikasi ianya dapat dikelaskan kepada:


Nampak simple :D

EH ! Tunggguu dulu. Proses komunikasi juga di klasifikasikan oleh SHANNON - WEAVER. 


SHANNON - WEAVER? 😮

ini lah SHANNON - WEAVER. jangan kata sis tak payungg

ini basic bagi komunikasi yang diterapkan oleh Shannon Weaver.


ELEMEN KOMUNIKASI? ada juga ye elemennya?

terdapat 6 elemen komunikasi. Antara elemen tersebut ialah:

1. MANUSIA 👦👧

   ⇰manusia memainkan peranan yang besar iaitu melalui 2 kategori. 2 kategori tersebut ialah KATEGORI PROFESIONAL dan KATEGORI PENGGUNA AKHIR.

kategori professional
  - manusia yang mana bertindak sebagai orang penting dalam membina dan memprogramkan sistem komunikasi ini iaitu programmer.

kategori pengguna akhir
  - manusia yang menggunakan teknologi ini tanpa ada sebarang kursus khas seperti kerani, guru, dan sebagainya.

2. PERKAKASAN 🎥🎤🎧

   ⇰Perkakasan adalah objek fizikal yang ada pada komputer dan ianya diperlukan untuk operasi komputer tersebut.

⇒contoh adalah keyboard, mouse, monitor, printer, storage 

3. PERISIAN 📲💽💾

   ⇰ Perisian pula adalahn merupakan sistem untuk memberi arahan dan mengawal fungsi komputer.

⇒contoh perisian sistem dan perisian aplikasi


4. DATA 📶📱

   ⇰ Data adalah maklumat yang disimpan dalam sistem komputer dan diguna oleh aplikasi untuk menghasilkan tugasan.

5. PROSEDUR💻

   ⇰satu set arahan tentang tugasan untuk melaksanakan beberapa tindakan



DAH FAHAM KE TUUU. KALAU DAH FAHAM, APA YANG ANDA DAPAT NYATAKAN SENDIRI PENDAPAT ANDA MENGENAI BIDANG KOMUNIKASI? 🙋🙋


Related image

Tuesday, May 8, 2018

SALAM PENGENALAN :)

            ICT adalah singkatan daripada Information and Communication Technology (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) yang bermaksud merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data yang berkaitan dengan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah: penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.

Sebenarnya teknologi maklumat tidak tertumpu hanya kepada internet dan komputer tetapi merangkumi televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat.

Terdapat 3 asas penting dalam penggunaan teknologi maklumat.

a) teknologi maklumat adalah untuk mengumpul maklumat yang digunakan membuat suntingan dengan menggunakan teknologi.

b) untuk memanipulasikan maklumat dan proses semula imej.

c) digunakan untuk berkomunikasi iaitu menjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima.